Semak item-item berikut dan kemudian lakukan persediaan rangkaian sekali lagi.
Pastikan penghala wayarles dihidupkan. Sekiranya dihidupkan, matikan kuasa penghala wayarles dan hidupkannya semula. Pertimbangkan pengguna lain yang mungkin menggunakan rangkaian.
Nyahdayakan pemisah privasi pada penghala wayarles.
Letakkan pencetak anda berdekatan dengan penghala wayarles.
Pastikan penghala wayarles menyokong WPS. Jika ia tidak menyokong WPS, rangkaian tidak boleh diwujudkan menggunakan Persediaan Butang Tekan (WPS).
Jika fungsi tapisan alamat MAC didayakan, daftar alamat MAC pencetak anda untuk mengelakkan pencetak anda daripada ditapis. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk pendaftaran.
Pastikan mod komunikasi Wi-Fi (IEEE802.11*) yang ditetapkan untuk penghala wayarles anda sepadan dengan mod komunikasi yang disokong oleh pencetak anda. (*Paparan berbeza mengikut lokasi anda.)